: KETEKALAN DALAMAN DAN KESAHAN GAGASAN ALAT UKURAN WORKER MOTIVATION SCALE
Herman, Iran and Ibrahim, Mansor (2002) : KETEKALAN DALAMAN DAN KESAHAN GAGASAN ALAT UKURAN WORKER MOTIVATION SCALE. Jurnal Pembangunan Sosial, 4 & 5 (Jun - Disember). pp. 1-13. AbstractKajian dijalankan untuk mengkaji beberapa nilai psikometrik
alat ukuran Worker Motivation Scale yang digunakan untuk
mengukur motivasi kerja. Nilai psikometrik dilihat
berdasarkan kebolehpercayaan ketekalan dalaman, kesahan
serentak dan kesahan gagasan. Sampel kajian seramai 93
orang kakitangan daripada sektor kerajaan dun swasta.
Kebolehpercayaan ketekalan dalaman dikira dengan pekali
alfa Cronbach, analisis varians ukuran berulangan, metod
bahagi dua dengan pembetulan formula Spearman Brown.
Kepuasan kerja telah dipilih sebagai gagasan yang berkait
secara teori dengan motivasi kerja. Analisis faktor dengan
teknik komponen utama dan putaran varimax digunakan untuk
meneliti kesahan gagasan ukuran ini. Keputusan menunjukkan
bahawa kebolehpercayaan ketekalan dalaman ukuran ini
adalah tinggi dengan pekali alfa .93 hingga .96. Walau
bagaimanapun keputusan analisis faktor menunjukkan alat
ukuran ini tidak dapat menunjukkan kesahan gagasan yang
jelas. | Item Type: | Article |
|---|
| Uncontrolled Keywords: | Ketekalan, dalaman, kesahan,gagasan, ukuran |
|---|
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
|---|
| ID Code: | 877 |
|---|
| Deposited By: | Mr. Nordi Sulaiman |
|---|
| Deposited On: | 18 Jun 2006 |
|---|
| Last Modified: | 20 Jun 2007 16:57 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|