: KEPENTINGAN INDEKS ALAM SEKITAR SEBAGAI SALAH SATU INDIKATOR PENENTU INDEKS KUALITI HIDUP DI MALAYSIA
Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah and lsmail, Hamidi (2005) : KEPENTINGAN INDEKS ALAM SEKITAR SEBAGAI SALAH SATU INDIKATOR PENENTU INDEKS KUALITI HIDUP DI MALAYSIA. In: NA. (Unpublished) AbstractKemajuan sesebuah negara diukur berdasarkan pencapaian tahap
kualiti hidupnya, ini kerana rakyat berhak untuk mendapat manfaat pembangunan dan menjadi kewajipan bagi kerajaan mewujudkan suasana persekitaran yang baik dan selesa kepada penduduknya. Terdapat 42 petunjuk yang dipilih untuk mewakili sebelas bidang dalam perkiraan Indeks Kualiti Hidup Malaysia. Antaranya pendapatan dan pengagihan, persekitaran kerja, kesihatan, alam sekitar, penyertaan sosial dan kebudayaan. Namun hanya indeks kualiti alam sekitar sahaja yang akan dikupas dalam kertas kerja ini
dan perbandingan tentang peratusan pencapaian komponen alam
sekitar akan dibincangkan mengikut laporan tahunan lndeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM)â dikeluarkan. Kepentingan komponen alam sekitar kini tidak boleh dinafikan lagi dan ini menunjukkan setiap perancangan pembangunan yang akan dilaksanakan mestilah mengambilkira impaknya kerana penurunan kualiti alam sekitar berkait secara langsung dengan lndeks Kualiti Hidup Malaysia. Repository Staff Only: item control page
|