Gelagat Pencarian Maklumat di Jabatan Perkhidmatan Penerangan dan Jabatan Penyiaran Malaysia
Ibrahim , Ali (1998) Gelagat Pencarian Maklumat di Jabatan Perkhidmatan Penerangan dan Jabatan Penyiaran Malaysia. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia. AbstractTujuan kajian ini ialah untuk meninjau gelagat pencarian maklumat di
kalangan para komunikator di Jabatan Perkhidmatan Penerangan (JPP) dan
Jabatan Penyiaran Malaysia (JPM). Secara khususnya, objektif kajian ialah untuk
mengenalpasti tahap usaha pencarian maklumat di kalangan para komunikator
di JPP dan JPM, mengenalpasti hubungan antara usaha pencarian maklumat
dengan angkubah-angkubah kecukupan maklumat, pentingnya pengetahuan,
kebolehan capaian sumber maklumat, bergunanya sumber maklumat, dan
factor-faktor demografi, membuat perbandingan dari aspek gelagat pencarian
maklumat antara para komunikator di JPP dengan JPM, dan mengenalpasti
faktor-faktor penentu yang mempengaruhi usaha pencarian maklumat di dalam
sesebuah organisasi. Responden adalah terdiri dari 127 orang Pembantu
Penerangan Gred S7 dan Penerbit Rancangan Gred 67 yang bertugas di Perlis,
Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Pengumpulan data dibuat dengan kaedah soalselidik
berstruktur dan penganalisaan menggunakan statistik diskriptif dan
inferensi. Fokus kajian ini ialah terhadap sumber interpersonal (penyelia, rakan
sejawat, kursus/taklimat, pegawai-pegawai di jabatan lain, dan khalayak
(sasaran), sumber bertulis (papan kenyataan di jabatan, bahan-bahan bercetak
yang diterbitkan oleh jabatan, bahan-bahan bercetak yang bukan diterbitkan
oleh jabatan, dan akhbar), dan sumber elektronik (radio, televisyen, dan
internet). Dapatan kajian ini menunjukkan i) usaha pencarian maklumat melalui
sumber bertulis adalah berada di tahap yang tinggi tetapi ianya adalah di tahap
sederhana sahaja bagi sumber interpersonal dan sumber elektronik, 2) tahap
pencarian maklumat melalui sumber interpersonal dan sumber elektronik adalah
lebih tinggi di kalangan para komunikator di JPM berbanding dengan JPP, 3)
tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam usaha pencarian maklumat dari
segi jantina dan tempoh perkhidmatan tetapi faktor umur menunjukkan
hubungan negatif yang signifikan, 4) terdapat hubungan positif yang signifikan
antara usaha pencarian maklumat dengan kebolehan capaian sumber maklumat,
bergunanya sumber maklumat, pentingnya pengetahuan dan kecukupan
maklumat. Dapatan utama kajian ini menunjukkan, kebolehan capaian sumber
maklumat dan bergunanya sesuatu sumber maklumat adalah merupakan faktor
peramal terbaik (Ure best predictors) bagi usaha pencarian maklumat. Oleh itu
dicadangkan supaya kedua-dua jabatan menyusun strategi dan mengambil
langkah-langkah yang sewajamya bagi meningkatkan tahap kebolehan capaian
sumber-sumber maklumat dan tahap bergunanya (kualiti) sumber-sumber
maklumat supaya dapat memberangsangkan lagi usaha pencarian maklumat di
dalam organisasi masing-masing.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|
| Additional Information: | None |
|---|
| Uncontrolled Keywords: | Gelagat, Pencarian, Maklumat |
|---|
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
|---|
| ID Code: | 435 |
|---|
| Deposited By: | Mr. Nordi Sulaiman |
|---|
| Deposited On: | 28 Mar 2006 |
|---|
| Last Modified: | 29 Jan 2008 09:38 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|