Prosedur Kerja Dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh
Amlus , Ibrahim (1997) Prosedur Kerja Dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia. AbstractTujuan kajian ini untuk membentuk prosedur kerja bagi aktiviti penyediaan
peperiksaan. Prosedur ini dibentuk, berdasarkan kepada kehendak dan kepentingan
pensyarah yang mana maklumat serta maklum balas didapati daripada kajian awal.
Daripada kajian awal tersebut seramai 95 pensyarah daripada Politeknik telah terlibat
untuk mendapat maklumat tentang kebergunaan dan masaalah yang berkaitan dengan
prosedur dan aktiviti peperiksaan. Prosedur ini mengutarakan satu cara kerja
berdasarkan garis panduan IS0 9000 dan pengurusan projek.
Prosedur kerja pengurusan projek pula mengandungi beberapa elemen dalam aktivitinya
saperti elemen kos, masa, kualiti serta pengurusan sumber manusia. Ia berfungsi untuk
menyiapkan sesuatu pembanguanan berbentuk produk pengeluaran, produk pembinaan
saperti bangunan , perkapalan, kapalterbang, produk penyelidikan saperti ubat - ubatan.
Prosedur kerja pengurusan projek merupakan satu pilihan untuk meningkatkan mutu
keberkesanan kerja kerana ia menghubungkaitkan fungsi pelbagai bahagian dan jabatan
serta kakitangan dari pelbagai kemahiran. Disamping itu ia dapat menjalankan
pemeriksaan berkala terhadap perjalanan sesuatu projek serta membuat penilaian dan
perancangan sekiranya berlaku kelewatan bagi memastikan projek dapat disiapkan
mengikut perancangan yang ditetapkan. Aplikasi Pengurusan Kualiti Menyeluruh
terlibat disemua peringkat perlaksanaan projek. Ini kerana matlamat yang akhir sekali
ialah untuk memenuhi kehendak pelanggan iaitu dimana projek yang telah siap akan
diserahkan kepada pelanggan dengan berpuas hati dan menerima apa yang ia kehendaki.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|
| Additional Information: | None |
|---|
| Uncontrolled Keywords: | Prosedur Kerja, Pengurusan, Kualiti Menyeluruh |
|---|
| Subjects: | T Technology > TS Manufactures |
|---|
| ID Code: | 349 |
|---|
| Deposited By: | Mr. Nordi Sulaiman |
|---|
| Deposited On: | 17 Nov 2005 |
|---|
| Last Modified: | 23 Jan 2008 11:48 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|