Reka bentuk perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Elhammi , Haji Ahmad (1999) Reka bentuk perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia. AbstractTujuan projek ini adalah untuk menyediakan satu reka bentuk perisian multimedia
dalam pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk ini cuba menyediakan satu urutan
langkah-langkah yang diperlukan bagi menghasilkan satu perisian mengikut latar
belakang pelajar atau sekolah itu sendiri. Reka bentuk ini dimulakan dengan
menyediakan kandungan bagi seuatu mata pelajaran berdasarkan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Kandungan ini seterusnya
dipecahkan kepada sub topik dan diikuti dengan elemen multimedia diperuntukkan
berkaitan kepada sub topik mengikut kesesuaian. Seterusnya satu rangka kasar
disediakan bagi memudahkan penyediaan papan cerita. Akhirnya kerja pengarangan
dilakukan. Bahan atau isi kandungan perisian ini adalah berdasarkan pemerhatian
dan temubual. Hasil daripada reka bentuk ini menunjukkan bahawa usaha mereka
bentuk perisian yang menggabungkan dua atau lebih jenis media seperti video,
audio, teks, grafik dan animasi serta berciri interaktif boleh mendorong pelajar dari
celik komputer kepada celik maklumat dan perisian itu boleh ditumpu kepada
pelajar yang dikehendaki. Projek ini mencadangkan untuk satu reka bentuk petisian
multimedia akan datang dengan cuba mengenal pasti ciri-ciri yang perlu ada pada
satu-satu perisian bagi mengekalkan identiti budaya Malaysia dengan
mengeksploitasi kelebihan multimedia serta mengkaji bila dan bagaimana
multimedia boleh disesuaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya adalah disyorkan agar kajian yang lebih mendalam dilakukan untuk
mendapatkan lebih banyak maklumat tentang keberkesanan multimedia dalam
konteks budaya kita. | Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|
| Uncontrolled Keywords: | Reka bentuk, perisian, multimedia, pengajaran dan pembelajaran |
|---|
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
|---|
| ID Code: | 1702 |
|---|
| Deposited By: | Mr. Nordi Sulaiman |
|---|
| Deposited On: | 27 Aug 2007 16:26 |
|---|
| Last Modified: | 13 Feb 2008 12:12 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|