: Kesan penilaian prestasi ke atas produktiviti pekerja
Mohd. Nor, Adiyati (2003) : Kesan penilaian prestasi ke atas produktiviti pekerja. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia. AbstractABSTRAK
Kajian yang dijalankan ini secara amnya bertujuan untuk mengenalpasti kesan penilaian
prestasi ke atas produktiviti pekerja. Secara khusus kajian ini bertujuan mengkaji korelasi
antara pembolehubah persepsi peranan, kebolehan dan sifat serta usaha dengan
produktiviti pekerja. Seramai 200 orang responden telah dipilih melalui kaedah
pensampelan rambang berstrata. Data dikumpulkan melalui pengedaran borang soal
selidik yang dibina berdasarkan pengubahsuaian dari soal selidik oleh Weiss dan Hartle
(1997). Data kajian telah diproses menggunakan perisian SPSS bag1 mendapatkan
maklumat mengenai taburan frekuensi, min dan korelasi antara pembolehubah. Sebanyak
tiga hipotesis telah dibina berdasarkan kepada keperluan kajian. Dapatan kajian
mendapati bahawa persepsi peranan, kebolehan dan sifat serta usaha mempunyai
hubungan yang signifikan dengan produktiviti pekerja. Berdasarkan dapatan kajian ini
beberapa cadangan dan saranan kajian lanjutan juga dibincangkan agar kajian ini lebih
berrnakna. | Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|
| Uncontrolled Keywords: | Kesan, penilaian, prestasi, produktiviti
|
|---|
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
|---|
| ID Code: | 1471 |
|---|
| Deposited By: | Mr. Nordi Sulaiman |
|---|
| Deposited On: | 14 Jun 2007 |
|---|
| Last Modified: | 02 Jul 2007 16:40 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|