Pelaksanaan MS IS0 9002 di sekolah-sekolah di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang : Hubungkait dengan faktor kepimpinan sekolah

Maimunah , Husien (2001) Pelaksanaan MS IS0 9002 di sekolah-sekolah di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang : Hubungkait dengan faktor kepimpinan sekolah. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Requires a PDF viewer such as GSview, Xpdf or Adobe Acrobat Reader
967Kb

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungkait faktor kepimpinan untuk kualiti pemimpin tertinggi organisasi dengan pelaksanaan sistem kualiti MS IS0 9002 di sektor pendidikan khususnya di peringkat sekolah. Dari kajian ini tahap pelaksanaan aktiviti-aktiviti MS IS0 9002 dan tahap kepimpinan untuk kualiti pemimpin tertinggi di sekolah-sekolah dalam populasi yang dikaji dapat dikenalpasti. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk membuat perbandingan tahap kepimpinan untuk kualiti pemimpin-pemimpin tersebut berdasarkan tempoh perkhidmatan, jantina juga jenis sekolah tempat berkhidmat, di samping meninjau masalah-masalah pelaksanaan sistem tersebut di sekolah-sekolah. Sebanyak 21 buah sekolah di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah dikaji. Data untuk mengenalpasti tahap pelaksanaan aktiviti-aktiviti MS IS0 9002 dan tahap kepimpinan untuk kualiti diperoleh secara kuantitatif menggunakan soal selidik yang dibangun sendiri oleh pengkaji masing-masing berasaskan Perkeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, PKPA Bilangan 1, 1997 dan juga sorotan karya-karya yang berkaitan. Maklumat tentang masalah pelaksanaan sistem tersebut pula diperoleh secara temuduga berstruktur. Semua data untuk kajian secara kuantitatif di analisis menggunakan perisian SPSS. Analisis hasil dapatan membuktikan tahap pelaksanaan MS IS0 9002 di sekolah-sekolah adalah dipengaruhi oleh tahap kepimpinan untuk kualiti pemimpin tertinggi sekolah-sekolah tersebut. Dari kajian didapati secara keseluruhan tahap pelaksanaan MS IS0 9002 di populasi yang dikaji adalah rendah, namun secara puratanya tahap kepimpinan untuk kualiti pemimpin tertinggi sekolah adalah tinggi. Kajian juga telah membuktikan tahap kepimpinan untuk kualiti adalah berbeza berdasarkan tempoh perkhidmatan, jantina dan juga jenis sekolah tempat berkhidmat. Lima masalah utama pelaksanaan MS IS0 pula adalah masalah masa, masalah berkaitan dokumen, kekurangan staf, pmepsi negatif terhadap sistem MS IS0 9002 dan juga kurang penekanan dari pihak atasan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Pelaksanaan, MS IS0 9002, hubungkait, kepimpinan
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:1396
Deposited By:Mr. Nordi Sulaiman
Deposited On:23 May 2007
Last Modified:13 Mar 2008 11:54

Repository Staff Only: item control page